Permohonan Untuk Menghadiri
Majlis Konvokesyen Kali Ke 10
Tahun 2023


Masukkan Nombor KP : Contoh : 820121034321 :: Tanpa Sengkang.
Masukkan No. Pend : Contoh : 04DAD05F3002
    
  Tarikh Tutup Permohonan : 15/08/2023

Makluman Kepada Para Graduan
1. Klik Untuk Tatacara Permohonan Hadir/Tidak Hadir Ke Majlis Konvokesyen.
       Tatacara 1 : TATACARA KONVO PSS KE-10 (LATEST).pdf


ATAU

Ke Alamat Berikut :




(U/P : )
 

FAQ : Soalan Lazim

Soalan-soalan Lazim Konvokesyen

FAQ : Soalan Lazim Soalan-soalan lazim tentang Majlis Konvokesyen.

  1. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan maklumat berkenaan Majlis Konvokesyen Politeknik Sandakan Sabah Kali Ke-10 Tahun 2023?
    Jawapan : Maklumat terkini berkenaan Majlis Konvokesyen Politeknik Sandakan Sabah Kali Ke-10 Tahun 2023 boleh didapati melalui laman sesawang rasmi Politeknik Sandakan Sabah https://pss.mypolycc.edu.my/.
  2. Bilakah saya boleh membuat pengesahan kehadiran graduan ke Majlis Konvokesyen Politeknik Sandakan Sabah Kali Ke-10 Tahun 2023?
    Jawapan :Graduan diwajibkan membuat pengesahan kehadiran melalui pautan http://103.26.47.35/ukonvo/konvo_login.jsp bermula 1 Ogos 2023 sehingga 15 Ogos 2023.

  3. Berapakah jumlah bayaran konvokenyen dan bilakah tarikh akhir pembayaran?
    Jawapan : Graduan yang hadir ke Majlis Konvokesyen perlu membuat pembayaran sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus (RM300) dan untuk graduan yang tidak hadir perlu membayar Ringgit Malaysia Dua Ratus Sepuluh (RM210) selewat-lewatnya pada 8 September 2023. (Untuk kaedah pembayaran, sila rujuk Tatacara Majlis Konvokesyen Kali ke-10 Politeknik Sandakan Sabah di laman sesawang PSS)

  4. Adakah saya perlu membayar yuran konvokesyen sekiranya saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.
    Jawapan : Ya, graduan yang tidak hadir perlu membayar Ringgit Malaysia Dua Ratus Sepuluh (RM210). Jika bayaran tidak dilakukan, sijil Diploma anda tidak akan dipos.

  5. Adakah saya perlu membayar Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50) untuk pendaftaran Alumni PSS?
    Jawapan : Tidak perlu. Pembayaran Ringgit Malaysia Tiga Ratus  (RM300) untuk graduan yang hadir dan bayaran Ringgit Malaysia Dua Ratus Sepuluh (RM210) untuk graduan yang tidak hadir adalah termasuk bayaran pendaftaran Alumni PSS.

  6. Bagaimana sekiranya tersalah bayar akaun lain? (salah nombor akaun).
    Jawapan : Sebelum tuan/puan membuat pembayaran, sila pastikan nombor akaun yang telah dinyatakan sahaja dipilih. Sekiranya masih berlaku kesilapan, sila berurusan dengan pihak bank berkenaan dengan menyertakan salinan resit pembayaran yang telah dibuat.

  7. Bagaimana sekiranya ada kesilapan amaun pembayaran?
    Jawapan : Sekiranya terlebih jumlah bayaran, sila mohon lebihan bayaran secara bertulis dengan menyertakan salinan asal slip bank-in atau berurusan terus dengan koperasi politeknik. Sekiranya jumlah bayaran kurang, sila buat pembayaran semula untuk mencukupkan jumlah bayaran dan sila simpan bukti pembayaran,

  8. Sebelum ini saya telah membuat bayaran untuk tidak hadir konvo. Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin menghadiri konvokesyen tersebut di saat-saat akhir?
    Jawapan : Sila rujuk urusetia pendaftaran konvokesyen atau Penasihat Akademik masing-masing.

  9. Apakah pakaian yang sesuai untuk konvo?
    Jawapan : Tuan/puan boleh merujuk kepada Tatacara Majlis Konvokesyen Kali ke-10 Politeknik Sandakan Sabah

  10. Adakah saya boleh menghadiri Majlis Konvokesyen tanpa perlu menghadiri raptai?
    Jawapan : TIDAK BOLEH. Kegagalan atau kelewatan menghadiri raptai konvokesyen yang telah ditetapkan akan menyebabkan graduan dilarang atau dihalang daripada mengikuti Majlis Konvokesyen.

  11. Bilakah saya boleh mula membuat peminjaman jubah dan dimana?
    Jawapan : Graduan boleh membuat peminjaman jubah pada hari pendaftaran iaitu pada 22 September 2023 bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PSS.

  12. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai penginapan yang berdekatan dengan lokasi Majlis Konvokesyen?
    Jawapan : Sila rujuk Tatacara Majlis Konvokesyen Kali ke-10 Politeknik Sandakan Sabah di laman sesawang PSS.